Sesi khas aktiviti budaya ‘Written in the Sky: My China Story’ dilangsungkan dengan jayanya di Moscow, Rusia pada Selasa.

Aktiviti anjuran Kumpulan Media China (CMG) itu diadakan sebagai meraikan ulang tahun ke-75 penubuhan Republik Rakyat China (PRC).

Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapan berbentuk video berkata aktiviti berkenaan berjaya menarik peserta dari lebih 60 negara untuk berkongsi kisah mereka berkaitan China menerusi surat.

Hasil tulisan yang berbeza menyampaikan perasaan jiwa yang sama, memperlihatkan integrasi mendalam emosi dan budaya dari negara-negara di dunia, tambah Shen.

Menurut beliau, pihaknya akan menggalas tanggungjawab untuk mempertingkat pertukaran sosiobudaya antarabangsa, menggerakkan dialog sesama tamadun di peringkat global dan mengukuhkan persefahaman sesama rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here