Perkhidmatan pengangkutan rantaian sejuk antarabangsa menerusi rel China-Laos dilancarkan di wilayah Xinjiang pada Selasa.

Dilaporkan, sebuah tren rantaian sejuk yang membawa 22 kontena berisi buah anggur keluaran Xinjiang seberat 463.5 tan bertolak dari Pelabuhan Darat Antarabangsa Urumqi menuju ke Vientiane melalui pintu sempadan Mohan. 

Bekalan buah segar itu akhirnya akan diedarkan ke pasar raya dan pasar di Bangkok, Thailand.

Dari Januari hingga 23 September, jumlah hantaran kargo yang dikendalikan melalui perkhidmatan kereta api Xinjiang dicatat melepasi 168.26 juta tan, naik 9.8 peratus dari tahun ke tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here