Setelah krisis Ukraine memasuki tahun ketiga, pelbagai pihak yang terlibat perlu mengutamakan perdamaian dan kepentingan rakyat, mengambil tindakan yang tulen untuk menggalakkan keamanan dan mewujudkan dialog. Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) diharap memainkan peranannya dalam usaha membantu pihak yang berkepentingan mengurangkan perselisihan, meraikan pendapat yang berbeza dan menebus persamaan, memelihara keselamatan yang patut dimiliki bersama dan membina kedamaian yang berkekalan.

Demikian dinyatakan Wang Yi, Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Menteri Luar ketika menghadiri mesyuarat peringkat tinggi UNSC mengenai isu Ukraine di ibu pejabat PBB, di sini pada 24 September waktu tempatan.

Wang turut menekankan tiga perkara yang patut dijadikan keutamaan, iaitu meredakan ketegangan dalam situasi semasa dan menjadikannya tugasan yang mendesak, menggalas tanggungjawab yang lebih besar untuk menggalakkan keamanan dan mengadakan rundingan damai, dan mengambil tindakan yang semakin pantas bagi mengawal kesan limpahan konflik itu.

Wang menambah, pendirian China dalam isu Ukraine amat jelas dan tidak pernah berubah. Presiden Xi Jinping pernah menegaskan bahawa kedaulatan dan keutuhan wilayah setiap negara perlu dihormati, manifesto dan prinsip Piagam PBB perlu ditaati, keprihatinan rasional pelbagai negara perlu diambil kira, dan semua usaha yang berfaedah bagi penyelesaian krisis secara damai perlu mendapat sokongan. China mengekalkan perhubungan dengan pelbagai pihak yang terbabit termasuk Rusia dan Ukraine, konsisten dalam menjalankan usaha untuk menggalakkan keamanan, dan telah memainkan peranan yang sewajarnya dalam membantu pelbagai pihak membina konsensus dan mendorong penyelesaian krisis Ukraine secara politik.

Wang menekankan bahawa masyarakat antarabangsa diharap memggembleng kerjasama untuk menjana lebih banyak impak sosial, mengeluarkan lebih banyak suara yang rasional dan membuat lebih banyak usaha kepada keamanan serantau yang berkekalan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here