MANILA, 8 Okt – Bank Pembangunan Asia (ADB) pada Selasa berkata ia telah meluluskan pembiayaan geran tambahan sebanyak AS$15 juta untuk meningkatkan projek Tajikistan yang sedang berjalan untuk menyambung semula sistem tenaganya kepada Sistem Tenaga Asia Tengah (CAPS) melalui sambungan dengan negara jiran Uzbekistan.

ADB menyatakan bahawa pembiayaan tambahan ini akan digunakan untuk membina talian penghantaran baharu sepanjang 22 kilometer, 500 kilovolt di utara Tajikistan, antara pencawang Sughd di negara itu dan pencawang baharu Syrdarya di Uzbekistan.

Ia bertujuan meningkatkan kapasiti penghantaran untuk eksport dan import tenaga di kalangan negara CAPS serta mengukuhkan infrastruktur bagi mencegah kegagalan grid yang menyebabkan gangguan bekalan elektrik.

Selain itu, projek ini akan memastikan sistem tenaga Tajikistan dilengkapi dengan kapasiti kawal selia bagi penyepaduan tenaga boleh diperbaharui yang lancar di rantau ini. Dalam jangka panjang, ia akan menjadi komponen penting dalam skim pemindahan tenaga untuk loji tenaga hidro Rogun di Tajikistan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here