WASHINGTON, 8 Okt – Taufan Milton kini menghampiri pantai barat Florida selepas kawasan itu dilanda Taufan Helene baru-baru ini.

Taufan Milton dengan kelajuan sehingga 285 kilometer sejam (km/j) dijangka mendarat di Florida pada Rabu, dengan ramalan menjangkakan taufan itu akan berkurang sehingga 209 km/j.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat memberi amaran bahawa Taufan Milton berpotensi mengancam nyawa dan menjejaskan banyak kawasan termasuk Bandar Naples, Fort Meyers dan Tampa.

Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa akan ditutup pada Selasa 9 pagi (1300 GMT) dan dibuka semula hanya apabila keadaan kembali pulih.

Di Orlando, lapangan terbang akan ditutup pada Rabu sekitar 8 pagi dan akan beroperasi semula “secepat mungkin,” menurut laman sesawang itu.

Presiden Joe Biden mengisytiharkan darurat di Florida, yang akan membolehkan pelepasan dana persekutuan bagi membantu kawasan terjejas. Rumah Putih juga mengumumkan sokongan penuh kepada Florida.

Menurut laporan media tempatan, Milton merupakan antara taufan terkuat dalam sejarah musim taufan Atlantik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here