BEIJING, 13 Okt – China dan Kesatuan Eropah (EU) masih belum mencapai penyelesaian yang boleh diterima bersama mengenai kes antisubsidi EU yang melibatkan kenderaan elektrik China, meskipun kemajuan penting telah dicapai dalam beberapa bidang, kata Kementerian Perdagangan China pada Sabtu.

Pasukan teknikal dari kedua-dua pihak telah menjalankan lapan pusingan rundingan intensif sejak 20 September di Brussels, namun perbezaan utama masih wujud, kata jurucakap kementerian itu sebagai respons kepada pertanyaan media mengenai rundingan berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here