BEIJING, 13 Okt – Perdana Menteri China, Li Qiang telah bertemu dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Lawrence Wong tatkala menghadiri persidangan pemimpin kerjasama Asia Timur di Vientiane, Laos semalam waktu tempatan.

Dalam pertemuan itu, Li berkata, China bersedia bersama dengan Singapura mengambil peluang dari ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik kedua-dua negara yang jatuh pada tahun depan, meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pembangunan di negara masing-masing, memanfaatkan kelebihan milik masing-masing, dan terus mendorong kerjasama yang berkualiti dari segala aspek untuk jangka masa yang panjang. 

Menurut Li, kedua-dua pihak perlu terus mengeratkan kerjasama ekonomi dan perdagangan, meneroka kerjasama dalam bidang frontier seperti pembuatan, ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI), mempergiat kerjasama dan interaksi dalam bidang pendidikan, kebudayaan dan pelancongan, golongan belia dan urusan daerah yang kesemuanya dilihat kondusif bagi pembangunan bersama.

Lawrence Wong pula berkata, pihaknya konsisten dalam mengamalkan dasar Satu China, menentang “kemerdeaan Taiwan”, dan tidak akan digunakan oleh sebarang kuasa yang bertudung “kemerdekaan Taiwan”. Singapura menyokong China menganggotai “Perjanjian Perkongsian Rentas Asia Pasifik Komprehensif dan Kemajuan” (CPTPP) dan “Perjanjian Perkongsian Ekonomi Digital” (DEPA), bersedia mengekalkan penyelarasan dan interaksi dengan China dalam hal ehwal multilateral di persada antarabangsa, dan bersama-sama menentang amalan perlindungan perdagangan supaya dapat memberi sumbangan yang lebih besar bagi keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here