MANILA, 25 Okt – Bank Pembangunan Asia (ADB) pada Khamis meluluskan pinjaman sebanyak US$434.25 juta untuk meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui dan memperbaiki keselamatan tenaga di negeri Assam, India, lapor Xinhua.
Menurut ADB, Projek Solar Assam akan membina fasiliti fotovoltaik solar bersambung grid berkapasiti 500 megawatt di daerah Karbi Anglong.
Projek itu juga dijangka menyokong pembangunan sistem penyimpanan tenaga bateri bersambung grid untuk memastikan kestabilan grid dan memenuhi permintaan kuasa puncak.
ADB menyatakan bahawa projek ini akan membantu Assam membangunkan pelan hala tuju tenaga boleh diperbaharui dan meningkatkan kapasiti tenaga solar bagi mencapai sasaran 3,000 megawatt menjelang 2030.