Kru kapal angkasa lepas Shenzhou-18 selamat kembali ke Bumi pada pagi Isnin, selepas menyelesaikan misi selama enam bulan di stesen angkasa lepas.
Kapsul pengembalian yang membawa pulang tiga angkasawan Ye Guangfu, Li Cong dan Li Guangsu selamat mendarat di tapak pendaratan Dongfeng di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China pada pukul 1.24 awal pagi, menurut Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA).
Kini mereka telah selamat tiba di Beijing dengan menaiki kapal terbang.
Menurut CMSA, ketiga-tiga angkasawan itu akan dikuarantin, menjalani pemeriksaan perubatan dan penilaian kesihatan secara komprehensif sebelum berehat untuk pemulihan.