Presiden Jawatankuasa Olimpik Perancis, David Lappartient mengutus surat kepada Presiden Kumpulan Media China (CMG) Shen Haixiong pada 26 Ogos, menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada badan media kebangsaan China ini berikutan kerja penyiaran dan laporan yang cemerlang terhadap Sukan Olimpik di Paris.

Selain itu, beliau turut mengucapkan tahniah atas prestasi gemilang yang dicapai para atlet China dalam temasya sukan itu.

Lappartient juga melahirkan harapan agar berkunjung ke China pada suatu hari nanti untuk mengadakan perbincangan dengan Presiden Shen mengenai usaha mempromosikan kerjasama kedua-dua pihak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here