Naib Menteri Luar China, Chen Xiaodong dan rakan sejawatnya dari Filipina, Theresa Lazaro bermesyuarat di bawah mekanisme perundingan bilateral (BCM) berhubung isu Laut China Selatan (LCS) di Beijing pada Rabu.

Kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat secara ikhlas dan mendalam berhubung isu maritim khususnya isu Xianbinjiao.

China menegaskan lagi pendiriannya dalam isu tersebut, mendesak Filipina mengundurkan kapalnya dari perairan berkenaan, dan menyatakan tidak berganjak daripada usaha memelihara kedaulatan negara sendiri dan memartabatkan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di LCS.

Beijing dan Manila bersetuju mengekalkan komunikasi dalam kerangka diplomatik seperti BCM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here