Pentadbiran Angkasa Negara China (CNSA) pada Selasa mengumumkan dua misi pelancaran bagi projek penerokaan bulan akan dilakukan untuk meletakkan asas kepada pembinaan stesen penyelidikan bulan antarabangsa.

Menurut rancangan, China akan melancarkan prob penyelidikan Chang’e-7 pada 2026 dan Chang’e-8 pada 2028.

Misi Chang’e-7 menumpukan kepada penyelidikan persekitaran dan sumber di kutub selatan bulan, manakala Chang’e-8 akan menentusahkan teknologi penggunaan in situ sumber bulan sebagai asas untuk membina stesen penyelidikan berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here