Persidangan Kota Reka Bentuk Dunia (WDCC) 2024 membuka tirainya di Shanghai pada Jumaat.

Persidangan itu dihoskan kerajaan tempatan bandar Shanghai bersama Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dengan kerjasama biro Kumpulan Media China (CMG) di Shanghai.

Presiden CMG Shen Haixiong menerusi ucapannya berkata Shanghai menyepadukan konsep reka bentuk ke dalam segenap aspek pembangunan bandar dan terus memperkasa pengupayaan industri reka bentuk.

Daya tarikan dan pesona metropolis itu terserlah menerusi penggabungan visi global dengan ciri-ciri tempatan, ujar beliau.

Shen menyatakan pihaknya giat meneroka pendekatan mengintegrasikan estetika reka bentuk dengan komunikasi media sebagai usaha memperkasakan penyebaran cerita berkaitan China pada era baharu.

CMG akan bersama semua lapisan masyarakat di Shanghai serta pereka bentuk, artis dan penggiat inovasi dari seluruh dunia untuk menggerakkan pembangunan inovatif industri berkenaan dan mencetuskan idea kreatif dalam interaksi dan saling belajar sesama tamadun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here