ROM, 13 Okt – Pemimpin Itali, Perancis dan Sepanyol telah bersama-sama mengutuk serangan Israel ke atas UNIFIL, Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan.

Pemimpin itu dalam kenyataan memaklumkan bahawa insiden minggu ini yang menyebabkan empat anggota pengaman cedera, bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan.

Ia menyifatkan serangan itu sebagai “tidak boleh diterima” dan mendesak agar serangan berkenaan “segera berakhir.”

“Kami mengingatkan bahawa semua anggota pasukan pengaman mesti dilindungi dan mengulangi penghargaan kami terhadap komitmen berterusan dan tidak ternilai daripada anggota UNIFIL dalam konteks yang sangat mencabar ini.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here