BEIJING, 13 Okt – China bersedia bersama-sama pelbagai pihak untuk terus mengamalkan “Lima Prinsip Hidup Secara Damai”, memfokuskan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan, menjana impak sosial, memupuk rasa saling percaya dan mengeratkan kerjasama.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China Li Qiang ketika menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur ke-19 di Vientiane, Laos semalam.

Beliau turut membentangkan 3 cadangan seperti berikut:

Pertama, meningkatkan usaha dalam perlindungan keamanan dan ketenteraman di samping terus menyokong kepusatan ASEAN dalam penstrukturan serantau yang terbuka dan inklusif, mengekalkan tata kelola keselamatan serantau yang berorientasikan perbincangan, pembinaan bersama dan perkongsian.

Kedua, sentiasa menjunjung prinsip yang saling menguntungkan dan menang-menang. Sehubungan itu, perlu mempergiatkan pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global (GDI) yang dikemukakan Presiden Xi Jinping, memanfaatkan kelebihan milik masing-masing, dan memacu pembangunan yang inklusif dan universal.

Ketiga, meningkatkan tahap keterbukaan dalam mendorong kerjasama. Dalam pada itu, perlu bertindak pantas menjalankan “Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau”, mempercepat pembinaan kawasan perdagangan bebas Asia Pasifik dan mendorong integrasi ekonomi serantau.

Li Qiang berkata, kemakmuran dan pembangunan serantau tidak boleh terpisah dengan keamanan dan kestabilan Laut China Selatan. Oleh itu, China konsisten dalam mematuhi undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Undang-undang Laut PBB” dan “Deklarasi Tingkah Laku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan”, mempertahankan penyelesaian perselisihan melalui rundingan dan dialog sesama negara yang terlibat di samping aktif memastikan kelancaran dan kelangsungan dalam kerjasama maritim.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here