BEIJING, 13 Okt – Pakistan digesa menangani perkara susulan dengan baik, menyelamatkan mereka yang cedera, menyiasat serangan ganas yang menyasarkan warga China, mengheret suspek ke muka pengadilan, dan berusaha memastikan keselamatan warga China dan institusi serta projek yang berkait dengan pelaburan China di negaranya terjamin.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China berhubung ketibaan satu kumpulan kerja China di Pakistan untuk menangani perkara susulan setelah berlakunya serangan ganas “6 Oktober” di Karachi.

Dimaklumkan, sebaik saja satu konvoi kereta yang dinaiki warga China dilaporkan mengalami serangan di sekitar Loji Janakuasa Arang Batu Pelabuan Qasim di Pakistan pada 6 Oktober, Beijing segera menubuhkan dan mengerahkan satu kumpulan kerja rentas jabatan untuk menangani peristiwa tersebut. Setelah tiba di Islamabad pada 8 Oktober, kumpulan kerja itu segera menghubungi para petugas pihak Pakistan dari kementerian luar, kementerian hal ehwal dalam negeri, jabatan polis dan jabatan perisikan.

Setelah menyampaikan duka cita kepada mangsa yang terkorban, mereka mendatangi hospital untuk menziarahi yang tercedera dan kemudian bertolak ke tapak pembinaan yang terbabit untuk menyantuni kakitangan perusahaan.

Sementara itu, kerajaan Pakistan mengutuk keras serangan ganas itu, dan komited menangani perkara susulan dengan baik, menyegerakan siasatan, mengoptimumkan langkah kawalan keselamatan dan berusaha memastikan kepentingan pihak China di negaranya terjamin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here