Bersempena hari peringatan ulang tahun ke-52 ikatan diplomatik China-Jerman, aktiviti pertukaran sosiobudaya anjuran Kumpulan Media China (CMG) tentang ulang tahun ke-10 perkongsian strategik komprehensif China-Jerman diadakan dengan jayanya di Munich pada 11 Oktober waktu tempatan. Terdapat juga sejumlah projek kerjasama yang melibatkan meida, filem dan televisyen yang dilancarkan pada hari yang sama.

Naib Presiden CMG, Xing Bo dalam aktiviti itu menyatakan bahawa CMG bersedia sinergi dengan kawan-kawan pelbagai kalangan Jerman memainkan peranan sebagai pendorong pembangunan, perakam pertukaran persahabatan kedua-dua negara dan penggalak pembelajaran antara tamadun China dan Jerman.

Bekas Menteri Ekonomi, Sumber Tenaga dan Teknologi Wilayah Bavaria Jerman, Franz Josef Pschierer pula menyatakan bahawa Bavaria mempunyai persahabatan tradisional yang bersejarah dengan China. Banyak syarikat dari negerinya yang aktif melabur ke China sudah mencapai kejayaan besar, dan mendapat faedah daripada perkembangan bersama dengan China. Kalangan ekonomi Bavaria komited menghapuskan sekatan perdagangan dan menyokong kerjasama dan persaingan yang sama rata.

Tambah Franz, melalui liputan media China, beliau mendapati dengan gembira bahawa muzik klasik Jerman amat disukai rakyat China. Beliau berharap agar membina jambatan persahabatan yang berkongsikan kebudayaan dan kesenian antara satu sama lain dan menggalakkan lebih banyak kerjasama kedua-dua negara dalam bidang ekonomi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here