COLOMBO, 13 Okt – Lebih 22,000 rakyat Sri Lanka kehilangan tempat tinggal akibat bencana berkaitan hujan seperti banjir, angin kencang, pokok tumbang dan panahan petir baru-baru ini, menurut Pusat Pengurusan Bencana (DMC) negara itu.

Dalam laporan terkini yang dikeluarkan pada Sabtu, DMC berkata seramai 22,064 orang daripada 5,348 keluarga dipindahkan di 11 daerah di seluruh negara Asia Selatan itu dari 7 Oktober hingga pagi Sabtu.

Sementara itu, seorang individu dilaporkan lemas di sawah yang dipenuhi air dan 120 rumah mengalami kerosakan, menurut DMC.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here