Pameran program terpilih Kumpulan Media China (CMG) dilancarkan di bandar Lima, ibu kota Peru pada Rabu, melibatkan penyiaran lebih 20 program unggul CMG di media tempatan, antaranya termasuk dokumentari ‘A Road to Prosperity’ dan lain-lain.

Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapan videonya memetik kenyataan Presiden China Xi Jinping ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Peru di Beijing pada Jun lalu, bahawa China dan Peru akan terus meningkatkan persahabatan tradisional dan mempergiat kerjasama saling menguntungkan, supaya melonjakkan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi.

Menurut Shen, pameran program terpilih CMG di Peru kali ini adalah untuk melaksanakan persepakatan yang dicapai pemimpin tertinggi kedua-dua negara, mengeratkan pertukaran rakyat dengan rakyat, dan merapatkan persahabatan tradisional, demi membina hubungan China-Peru yang lebih indah pada masa akan datang.

Pameran program terpilih CMG di Peru akan berlangsung hingga penghujung tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here