Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong dan Presiden Stesen TV Vietnam (VTV), Nguyen Thanh Lam menandatangani Memorandum Kerjasama CMG-VTV2025-2026 sempena lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping di Vietnam pada Isnin.
Shen Haixiong turut bersama dengan Presiden Radio The Voice of Vietnam(VOV), Do Tien Sy menandatangani Perjanjian Kerjasama CMG-VOV, selain bersama dengan Ketua Pengarah Institut Penerangan dan Komunikasi Vietnam, Pham Minh Son menandatangani Memorandum Kerjasama CMG-Institut Penerangan dan Komunikasi Vietnam.
Semua majlis menandatangani dokumen kerjasama dua hala tersebut disempurnakan dengan kehadiran Xi Jinping, yang juga merupakan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), dan To Lam selaku Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam (PKV).
Tinggalkan Balasan