WASHINGTON, 14 Jun — Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak kebangsaan negara itu selepas kemenangan meyakinkan 4-1 ke atas Paraguay pada Piala Dunia, lapor agensi berita Jerman dpa.
“Tahniah kepada Pasukan AS atas kemenangan besar 4-1 ke atas pasukan Paraguay yang sangat baik. Teruskan momentum ini! Presiden DJT,” tulis Trump pada Sabtu di platform Truth Social miliknya.
Kemenangan bergaya pada Jumaat di Los Angeles itu menjadi permulaan sempurna buat AS yang menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia bersama Mexico dan Kanada. Pasukan itu turut akan menentang Australia dan Turkiye dalam saingan peringkat kumpulan.
Trump tidak menghadiri perlawanan itu, namun Setiausaha Negara AS Marco Rubio hadir menyaksikan aksi berkenaan.
Masih belum diketahui sama ada Trump merancang menghadiri perlawanan AS, namun beliau dijangka menghadiri perlawanan akhir pada 19 Julai di New Jersey dan menyampaikan trofi kepada pasukan juara.













Tinggalkan Balasan