Wang Yi Adakan Pertemuan dengan Menteri Luar Mexico di Beijing

Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Mexico, Roberto Velasco Álvarez di Beijing pada Isnin.

Dalam pertemuan itu Wang berkata sebagai tuan rumah persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) tahun ini, China bersedia berganding tangan dengan pelbagai pihak untuk menjana semula komuniti Asia-Pasifik dan mengaktifkan semula proses pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas Asia-Pasifik.

Menurut Wang, China dan Mexico mempunyai pendirian yang hampir sama dalam banyak isu antarabangsa dan serantau. 

Ujarnya, China bersedia memperkukuh kerjasama strategik di pentas antarabangsa dan pelbagai hala bersama Mexico, mempertahankan kepentingan sah masing‑masing serta menyumbang kepada perpaduan dan kemajuan negara‑negara Selatan Global.

Sementara itu, Roberto Velasco Álvarez menyatakan bahawa Mexico bersedia melaksanakan persetujuan penting yang dicapai oleh pemimpin kedua‑dua negara, meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, memajukan mekanisme dua hala, serta memperluas dan mempergiat kerjasama praktikal bagi mendorong hubungan Mexico-China mencapai lebih banyak hasil baharu.

Beliau berkata, Mexico menyokong China menganjurkan Sidang Kemuncak APEC dan memainkan peranan kepimpinannya, selain bersedia memperkukuh penyelarasan dan kerjasama dengan China untuk bersama‑sama mempertahankan sistem pelbagai hala antarabangsa.