Xi Jinping, Anggota PKC Berjiwa Rakyat

Pada Januari 1974, Xi Jinping menganggotai Parti Komunis China (PKC) di Liangjiahe, provinsi Shaanxi. 

Dilahir dan dibesarkan dalam keluarga revolusioner yang mengamalkan nilai-nilai murni, Xi tinggal, makan dan berladang bersama penduduk kampung. Pengalaman seumpama turut mengukuhkan kepercayaannya terhadap komunisme. 

Daripada menyandang jawatan Setiausaha Jawatankuasa PKC di Liangjiahe hinggalah menjadi pemimpin tertinggi Parti dan negara, Xi sentiasa ingat akan sumpah ikrar ketika menganggotai PKC.

Pada era baharu, Jawatankuasa Pusat PKC yang berteraskan Xi Jinping terus memperkasa tadbir urus kendiri Parti secara menyeluruh, termasuk melancarkan kempen membasmi rasuah dalam kalangan ahli parti.

Sejak menjadi anggota PKC pada 52 tahun lalu, Xi sentiasa mengekalkan aspirasi asal dan komitmen beliau iaitu memastikan rakyat menjalani kehidupan yang sejahtera.