Xi Turun Padang Tinjau Perkembangan Pertanian di Dezhou

Usaha perlu dilakukan untuk memperincikan pelaksanaan pelbagai tugasan dalam bidang pertanian dan pembangunan kawasan luar bandar yang tahap pemodenan kedua-duanya merupakan komponen utama dalam landskap modenisasi ala China. 

Demikian ditegaskan oleh Presiden China, Xi Jinping semasa turun padang membuat tinjauan di sini Rabu.

Xi terlebih dahulu bertolak ke kampung Dongyujia pekan Bianlin di daerah Lingcheng bandar Dezhou untuk meninjau hasil tuaian gandum, penanaman jagung dan bekalan sumber pertanian. 

Setelah memeriksa kemudahan pengairan dan persenyawaan bersepadu air-baja di tebing parit penyalur, Xi berjalan kaki ke kawasan sawah untuk berbual mesra dengan sejumlah wakil petani, pengendali jentera dan kakitangan teknikal pertanian.

Beliau menekankan bahawa memastikan bekalan bijirin terjamin adalah keutamaan utama dalam sektor pengeluaran pertanian. Hendaklah memperjuangkan matlamat memastikan tuaian bijirin yang melimpah sepanjang tahun melalui pelaksanaan pelbagai dasar yang boleh memberi sokongan jitu. Di samping itu, juga perlu menambahbaik infrastruktur pertanian, dan meningkatkan keupayaan pada aspek menyelamat, mencegah dan mitigasi bencana.

Akhirnya, Xi memilih menjejak kaki ke kampung Xiyujia, “kampung bertamadun peringkat kebangsaan” yang berdekatan untuk membuat tinjauan selanjutnya. 

Setelah mendapat penerangan yang terperinci tentang perkhidmatan kemudahan awam dan usaha tempatan dalam meneroka pendekatan pembangunan di kawasan luar bandar yang berlainan, Xi melakukan kunjungan ke satu pameran hasil sampingan pertanian.