China Kekal Pasaran Robot Perindustrian Terbesar Dunia

China kekal sebagai pasaran robot perindustrian terbesar di dunia dalam tempoh 13 tahun berturut-turut.

Perkara itu dimaklumkan dalam sidang media anjuran Persidangan Robot Dunia (WRC) pada Isnin.

Robot perindustrian yang dihasilkan syarikat China kini menguasai lebih 50 peratus pasaran domestik.

Untuk rekod, jumlah pendapatan yang diperoleh perusahaan robot berskala besar di China bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini mencecah 90 bilion yuan (RM54 bilion), meningkat 26.9 peratus tahun ke tahun.

Sementara itu, tahap kecerdasan produk robotik buatan China kian meningkat dan pembangunan robot humanoid turut dipergiatkan.

Presiden Institut Elektronik China (CIE) Xu Xiaolan berkata, China kini berkeupayaan melengkapi seluruh rantaian perindustrian robot humanoid yang melibatkan bahan, komponen utama, pemasangan mesin penuh, pengoperasian, perkhidmatan data dan lain-lain.

Menurut beliau, jumlah eksport robot humanoid buatan China mencatat peningkatan sebanyak 210 peratus pada suku pertama tahun ini.