Siri dokumentari ‘The Fabulous Story of Money’ terbitan Kumpulan Media China (CMG) mencipta kejayaan membanggakan apabila meraih Anugerah Khas Magnolia sempena Festival TV Shanghai ke-31 baru-baru ini.
Dokumentari yang mempunyai empat episod itu menelusuri evolusi tamadun mata wang dengan perspektif global.
Kru pembikin meninjau tapak arkeologi di dalam dan luar negeri seperti Perancis, Greece dan Bolivia serta menemu ramah lebih 30 orang sarjana terkemuka, sebelum menghasilkan program yang berkisarkan bagaimana mata wang membina tamadun, memacu pertukaran sehingga mengubah dunia.
Disampaikan dengan teknik naratif yang mudah difahami di peringkat antarabangsa, dokumentari berkenaan mempamerkan nilai tamadun China serta sumbangannya dalam pembentukan sistem ekonomi dunia.













Tinggalkan Balasan