Xi Seru Ganding Bahu Bina Sistem Tadbir Urus AI Global yang Adil, Munasabah

Presiden China Xi Jinping berucap merasmikan Persidangan Kecerdasan Buatan Sedunia (WAIC) 2026 serta Mesyuarat Peringkat Tinggi mengenai Tadbir Urus AI Global di Shanghai pada Jumaat.

Xi berkata semua negara perlu menjunjung konsep berpaksikan rakyat demi kebaikan semua, menjadikan AI pemangkin penting dalam mendorong kemakmuran bersama dan menjaga keselamatan sejagat, serta berganding bahu membina sistem tadbir urus AI global yang adil dan munasabah.

Beliau turut mengumumkan bahawa dalam tempoh lima tahun akan datang, China merancang menawarkan 5,000 peluang latihan kecerdasan buatan (AI) kepada negara membangun.

China juga akan membangunkan pusat kerjasama aplikasi AI antarabangsa menyasar ASEAN, Liga Arab, Kesatuan Afrika, Komuniti Negara Amerika Latin dan Caribbean, serta Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan BRICS.

Selain itu, usaha akan dipergiat untuk menggalakkan pengaplikasian sistem amaran awal meteorologi MAZU berasaskan AI di 30 negara bagi melindungi keselamatan nyawa dan harta benda rakyat seluruh dunia.