Perdana Menteri China Li Qiang mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Kemboja Hun Manet di Beijing pada Khamis.
Li dalam pertemuan itu menzahirkan kesediaan China untuk mendorong kerjasama ‘intan enam sisi’ dengan Kemboja, mempergiat projek ‘koridor pembangunan perindustrian’ dan ‘koridor limpahan ikan dan beras’, di samping memperkasa kerjasama melibatkan infrastruktur, perdagangan, tenaga baharu, kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital.
Beliau menyarankan kedua-dua pihak meningkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan, kebudayaan dan media, selain bersinergi membanteras jenayah perjudian dalam talian dan penipuan telekomunikasi secara tuntas.
Tambah beliau, China dan Kemboja hendaklah meningkatkan penyelarasan pendirian, mempertahankan kepentingan bersama serta berganding bahu memelihara sistem perdagangan multilateral dan keadilan antarabangsa.
Hun Manet berkata Kemboja bersedia merapatkan pertukaran peringkat tinggi dengan China sambil mempergiat kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, infrastruktur, tenaga baharu, kesalinghubungan dan sosiobudaya.
Kemboja juga komited memperkasa kerjasama keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang dengan China bagi membanteras perjudian dalam talian dan penipuan telekomunikasi, ujar beliau.













Tinggalkan Balasan