Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Zhao Leji telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul di Beijing pada Isnin.
Dalam pertemuan itu Zhao berkata China bersedia bekerjasama dengan Thailand bagi mengukuhkan rasa percaya antara negara, meningkatkan kerjasama dalam bidang yang substantif, memperkuat hubungan antara institusi perundangan serta memajukan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Thailand sekaligus memberi manfaat kepada rakyat di kedua-dua negara.
Beliau turut mengalu-alukan anggota Parlimen Thailand untuk menyertai seminar anggota parlimen negara ASEAN yang akan dianjurkan pihak China.
Sementara itu, Anutin pula menyatakan bahawa Thailand berpegang teguh kepada prinsip Satu China dan berharap dapat memperkukuh kerjasama saling menguntungkan dengan China.
Thailand juga berharap dapat mengeratkan hubungan antara institusi perundangan kedua-dua negara serta mencipta hubungan Thailand-China ke tahap yang lebih tinggi.













Tinggalkan Balasan