Insiden Pergaduhan Murid Dalam Proses Tindakan Perundangan – JPWPKL

PUTRAJAYA, 21 Julai — Insiden pergaduhan melibatkan murid yang berlaku di kawasan perumahan dan tular di media sosial kini dalam proses tindakan perundangan.

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan polis telah selesai menjalankan siasatan.

JPWPKL memaklumkan pihaknya telah memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

“JPWPKL tidak berkompromi dengan sebarang salah laku keganasan melibatkan warganya. Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang bersalah,” menurut kenyataan itu.

JPWPKL turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan identiti kanak-kanak bawah umur seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang.