KUALA LUMPUR, 5 Sept — Perkongsian makanan antara masyarakat pelbagai kaum menjadi antara amalan yang mampu menyatukan rakyat negara ini tanpa rasa kekok, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Beliau berkata amalan itu dapat dilihat menerusi suasana sambutan program Hari Kebangsaan anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Kulai, Johor yang disertainya baru-baru ini.
“Saya berpeluang merasa sendiri masakan air tangan pelbagai kaum. Di sebalik setiap hidangan, terasanya keikhlasan dan usaha penduduk setempat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Teo yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata suasana itu amat berbeza daripada sentimen ekstrem yang sering membanjiri ruang siber.
“Melihat jiran tetangga berbeza latar belakang duduk semeja, berkongsi juadah sambil berborak santai, melangkah keluar dari kebisingan dan polarisasi di alam maya, inilah cerminan keharmonian Malaysia yang paling nyata dan sejati,” katanya.

















Tinggalkan Balasan