Dialog Global ‘Tadbir Urus China dan Pembangunan Dunia’ edisi Kuwait dilancarkan di Kuwait City pada Selasa.
Acara itu dianjurkan bersama oleh Kumpulan Media China (CMG), Kedutaan Besar China di Kuwait dan Kelab Persahabatan Kuwait-China.
Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapannya berkata semakin banyak negara dan parti politik mengambil inspirasi daripada ‘tadbir urus China’ dan mencari pendekatan tadbir urus yang sesuai dengan keadaan sendiri.
CMG terus komited untuk berkongsi kisah dan pengalaman tadbir urus China, membina platform interaksi dan saling belajar serta menyumbang kepada pengukuhan pertukaran sosiobudaya, ujar beliau.
Sementera itu, Puteri Kuwait yang juga pengasas dan presiden kehormat Kelab Persahabatan Kuwait-China, Puteri Sheikha Al-Anoud Al-Ibrahim Al-Duaij Al-Sabah turut menzahirkan harapan agar kedua-dua negara terus mengoptimumkan kelebihan masing-masing untuk menterjemahkan visi pembangunan kepada lebih banyak hasil kerjasama pragmatik, sekali gus menyuntik momentum baharu ke dalam pembangunan bersama dan kemakmuran serantau.












Tinggalkan Balasan