Lima Kad Kredit Utama Dunia Boleh Diimbas Beli Tambang Metro Beijing

Perkhidmatan ini disifatkan sebagai satu lagi penaiktarafan penting selepas sokongan kepada pembayaran yang menggunakan MasterCard dan Visa pada bulan September 2024 yang bertujuan untuk memudahkan pembayaran penumpang, terutama yang dari negara asing.

Dengan ini, Sistem Transit Rel Perbandaran Beijing telah menjadi sistem transit rel bandar pertama di dunia yang mampu menyediakan perkhidmatan pembayaran untuk lima jenis kad kredit utama termasuk China Unionpay, Mastercard, Visa, JCB dan American Express.

Penaiktarafan perkhidmatan ini melibatkan 29 laluan di seluruh rangkaian Metro Beijing, 523 stesen dan laluan S2 di kawasan luar bandar. Kelima-lima jenis kad kredit utama dunia itu boleh diimbas di semua pintu masuk keluar dalam rangkaian Metro Beijing dalam tempoh masa operasi.

Pemegang kad kredit mana-mana jenis pun tidak perlu menempah tiket atau memuat turun aplikasi yang berkenaan terlebih dahulu, sebaliknya hanya perlu mengimbas saja di pintu masuk keluar untuk mendapat pelepasan.

Sejak perkhidmatan pembelian tambang dengan mengimbas kad kredit asing disediakan pada 13 September 2024 di tanah besar China, Metro Beijing telah menerima pembayaran tambang dengan mengimbas kad kredit asing yang dikeluarkan lebih 130 buah negara dan wilayah, dan belum pernah mendapat aduan apa-apa pun tentang perkhidmatan tersebut setakat ini.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda