WASHINGTON, 20 Ogos — Putera Harry dan Meghan, Duke dan Duchess of Sussex, merancang untuk kembali menetap di United Kingdom (UK) bersama dua anak mereka pada akhir bulan ini, lapor Anadolu Ajansi memetik media Britain pada Rabu.
Pasangan itu berhasrat berpindah dari Amerika Syarikat (AS) ke sebuah kediaman persendirian yang bukan milik keluarga diraja di luar London, lapor BBC memetik sumber yang mengetahui rancangan mereka. Rancangan perpindahan itu pertama kali dilaporkan The Daily Telegraphdan The Sun.
Anak mereka, Putera Archie, 7, dan Puteri Lilibet, 5, dijangka mula bersekolah di Britain pada September, menurut laporan berkenaan.
Raja Charles III telah disembah maklum mengenai rancangan perpindahan itu pada Ahad, manakala Putera William dan Catherine, Puteri Wales, turut dimaklumkan mengenai rancangan pasangan berkenaan, menurut laporan itu.
Buat masa ini, tiada rancangan untuk Harry atau Meghan menyambung semula peranan rasmi sebagai anggota kerabat diraja.
Rancangan untuk kembali menetap di UK itu menandakan perkembangan penting bagi pasangan Sussex itu, yang berpindah ke Amerika Syarikat selepas berundur daripada tugas diraja pada awal 2020.













Tinggalkan Balasan