Lelaki Maut Dibunuh Di Restoran Di Sendayan

SEREMBAN, 20 Nov – Seorang lelaki maut dipercayai dibunuh di sebuah restoran di Nusari Biz Sendayan di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Azahar Abdul Rahman, berkata pihaknya menerima panggilan MERS 999 daripada seorang lelaki pada 11.23 malam, yang memaklumkan kejadian membabitkan mangsa berusia lingkungan 30-an itu.

Beliau menambah, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, kejadian itu turut tular di media sosial sejak awal pagi tadi.