BALIK PULAU, 7 Dis — Polis menahan seorang lelaki warga emas dan merampas 30 mesin perlombongan bitcoin dalam serbuan di beberapa premis sekitar Jalan Air Putih, di sini yang menggunakan sambungan eletrik tidak sah, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Anuwal Ab Wahab berkata warga tempatan berusia 60 tahun itu ditahan selepas pihaknya dan pasukan Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjalankan pemeriksaan pada 10.01 malam.
“Semakan TNB mendapati anggaran kerugian akibat kecurian elektrik di premis itu ialah RM22,744,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Anuwal berkata polis juga merampas seunit modem dan kini giat mengesan suspek lain terlibat kes itu.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Beliau meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat atau melaporkan aktiviti mencurigakan termasuk kecurian elektrik bagi membantu mencegah kerugian serta menjamin keselamatan komuniti.
















Tinggalkan Balasan