KUALA LUMPUR, 10 Dis — Pameran Jelajah Global Lukisan Peony Gongbi Juye Heze, yang menampilkan pelbagai karya asli lukisan estetik bunga peony di China kini berlangsung di ibu kota Kuala Lumpur.
Hampir 100 karya asli Lukisan Peony Gongbi Juye, termasuk selendang sutera dan produk kreatif lain berasaskan bunga peony, menjadi tumpuan pengunjung pameran tersebut.

Bertemakan “Bunga Mekar di Laluan Sutera, Kemakmuran Bersama”, pameran tersebut yang merupakan sebahagian inisiatif Jalur dan Laluan (Belt and Road), juga menjadi lambang kerjasama kebudayaan antara China dan Malaysia.
Bunga peony adalah lambang kekayaan dan kemakmuran dalam budaya masyarakat di China. Bandar Heze pula dianggap sebagai “Ibu Kota Peony China”, menjadi pusat mengembangkan keunggulan seni dan jenama “Lukisan Peony Gongbi Juye” ke persada antarabangsa.
Pameran anjuran Pejabat Berita Kerajaan Rakyat Bandar Heze itu mendapat sokongan Tourism Malaysia serta pelbagai persatuan dan agensi berkaitan.
Serentak dengan itu, Pusat Promosi Lukisan Peony Gongbi Juye turut dirasmikan di Malaysia.
















Tinggalkan Balasan