Artikel Xi mengenai Pencegahan, Pengurangan dan Penyelamatan Bencana akan Diterbitkan Jurnal “Qiushi”

Satu artikel yang berjudul “Tingkatkan Keupayaan Pencegahan, Pengurangan dan Penyelamatan Bencana” yang ditulis oleh Presiden China Xi Jinping akan diterbitkan pada Jurnal “Qiushi” edisi ke-16 2026 pada Ahad.

Dalam artikel itu, Xi yang juga merupakan Setiausaha Agung Parti Komunis China, menyatakan bahawa di sebalik pelbagai cabaran baharu yang wujud dalam kerja-kerja pencegahan, pengurangan dan penyelamatan bencana pada masa ini, perlu menekankan kepentingan mitigasi bencana dari segi penyelarasan antara pembangunan berkualiti tinggi dengan keselamatan berprofil tinggi. 

Usaha harus dilakukan untuk memanfaatkan kelebihan yang sedia ada dan mengatasi kelemahan, konsisten dalam meningkatkan keupayaan untuk menangani pelbagai bencana semula jadi, dan memastikan keselamatan nyawa dan harta rakyat serta kestabilan sosial terjamin, yang kesemuanya dipercayai sangat mustahak bagi merancakkan pemodenan ala China yang berkekalan.