Artikel penting Presiden China bertajuk “Berpegang Teguh pada Pelaksanaan Tanggungjawab Politik dalam Pentadbiran Parti” akan diterbitkan di dalam edisi ke-17 Jurnal Qiushi pada 1 September.
Artikel tersebut merupakan petikan daripada ucapan dan pandangan penting Xi mengenai pengurusan dan pentadbiran Parti dari Jun 2013 hingga Julai 2026.
Artikel tersebut menekankan kesedaran yang kukuh dan manifesto yang holistik untuk memastikan Parti ditadbir dengan baik, manakala pentadbiran yang tegas diperlukan bagi memastikan Parti ditadbir dengan berkesan.
Menurut artikel tersebut, usaha mentadbir Parti secara tegas tidak dapat dilaksanakan sekiranya tanggungjawab tidak ditetapkan dengan jelas, tidak dilaksanakan atau tiada pihak dipertanggungjawabkan.
Sementara itu, untuk melaksanakan pentadbiran parti secara tegas, kesedaran mengenai tanggungjawab mengurus dan mentadbir Parti perlu diperkukuh serta tanggungjawab politik berkaitan perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.
Semua organisasi Parti di pelbagai peringkat serta anggota dan pegawai digesa meningkatkan rasa tanggungjawab dalam mengurus serta mentadbir parti.
Mereka perlu menjadikan perlaksanaan tanggungjawab politik tersebut sebagai tanggungjawab politik yang paling asas, dengan memahami tanggungjawab, memikul tanggungjawab dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing.













Tinggalkan Balasan