China sangat menghargai negara-negara ASEAN dan menjadikan ASEAN sebagai keutamaan dalam diplomasi serantau.
Demikian ujar Menteri Luar China, Wang Yi semasa mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn di Beijing pada Selasa.
Wang berkata, tahun ini menandakan ulang tahun kelima terjalinnya perkongsian strategik komprehensif China-ASEAN dan ulang tahun ke-35 hubungan dialog antara satu sama lain, dan hubungan kedua-dua pihak menghadapi peluang yang baharu.
Wang mengulangi pendirian China yang konsisten mendukung solidariti rantau ASEAN dan pembinaan komuniti di blok ini.
China sudi bersama-sama ASEAN bagi menggerakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN ke arah yang lebih rapat, kata Wang.
Sementara itu, Kao turut menzahirkan kesediaan pihak ASEAN untuk berkongsi peluang dengan China, merungkai cabaran bersama, memperkasa dan memperluas kerjasama dalam bidang-bidang yang substantif, sekaligus melonjakkan ikatan ASEAN-China ke tahap yang lebih tinggi.













Tinggalkan Balasan