Sempena lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Mesir, satu acara pertukaran budaya bagi meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik China-Mesir telah diadakan di Kaherah pada Rabu.
Acara tersebut dianjurkan bersama oleh Kumpulan Media China (CMG) dan Kementerian Penerangan Mesir.
Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi turut mengutus surat, mengucapkan tahniah atas penganjuran acara tersebut.
Presiden CMG, Shen Haixiong dalam ucapannya berkata acara tersebut merupakan langkah konkrit untuk melaksanakan persefahaman yang dicapai pemimpin kedua-dua negara serta memperdalam persahabatan China-Mesir.
Beliau berkata, dalam perkembangan berterusan hubungan dua hala, media memainkan peranan unik sebagai jambatan dan penghubung pertukaran antara rakyat, termasuk menggalakkan persefahaman serta memperkukuh persahabatan dan kepercayaan bersama.
CMG akan terus memperdalam kerjasama praktikal dengan pelbagai pihak di Mesir, termasuk memulakan penerbitan program “China-Mesir Mempercepat Kerjasama” dan “Jawapannya Ada di China”.
CMG turut melancarkan aktiviti tayangan filem China di Mesir di bawah program “Silk Road Light and Shadow”, selain memperkukuh kerjasama dengan Festival Filem Antarabangsa Kaherah dalam bidang penerbitan bersama, pertukaran teknologi serta lawatan dan penyelidikan bersama.













Tinggalkan Balasan