Program bertemakan kebudayaan dan pelancongan bertajuk “Rumah di Antara Gunung dan Air” yang dihasilkan bersama Kumpulan Media China (CMG) dan Kementerian Pertanian dan Kawasan Luar Bandar musim kelima mula disiarkan di saluran CCTV-1 bermula 29 Ogos 2026.
Program musim ini dirakam di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang yang mempunyai tanah luas, dan kaya dengan sumber semula jadi serta hasil pertanian dan penternakan yang istimewa.
Dalam program itu, kumpulan yang terdiri daripada juruacara CMG, tetamu kalangan seni dan budaya serta pakar dan sarjana menjelajah ke kampung Narati di Kaunti Xinyuan dan Kampung Jianggesi di kaunti Yumin, menyelusuri kampung dan ladang pertanian, mendalami kehidupan rakyat jelata tempatan.













Tinggalkan Balasan