China Terjemah Komitmen Perkukuh Kerjasama Dengan Afrika – Timbalan Presiden Afrika Selatan

BEIJING, 6 Julai — Pembangunan di benua Afrika telah mencatatkan kemajuan memberangsangkan sejak pelancaran Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC), kata Timbalan Presiden Afrika Selatan Paul Mashatile.

Beliau berkata China telah terlibat dalam pelaksanaan pelbagai projek pembinaan di Afrika, termasuk jalan raya, jambatan dan empangan.

Menurut Mashatile, China bukan sekadar menyatakan komitmen untuk memperkukuh kerjasama dengan Afrika, malah menterjemahkannya menerusi tindakan bersungguh-sungguh.

“Syarikat China membawa teknologi profesional, modal dan juga memperkenalkan teknik yang berkaitan kepada penduduk tempatan. Ini amat penting bagi kami.

“Justeru, kami melihat China sebagai rakan yang boleh dipercayai dan sahabat yang ikhlas,” katanya dalam temu bual bersama wartawan Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Mashatile turut menghargai dasar tarif sifar yang dilaksanakan China terhadap kesemua 53 negara Afrika yang mempunyai hubungan diplomatik dengan China.

Beliau berkata Afrika Selatan bersedia memperdalam kerjasama dengan China serta terus memperluas eksport ke negara itu, termasuk dari segi kepelbagaian jenis barangan dan skala perdagangan.