Diplomasi Pemimpin: Bersama-sama Membina Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan

Sejak permulaan tahun ini, Presiden China Xi Jinping melakukan aktiviti diplomatik dengan pandangan meluas ke arah pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan. 

Pada 16 Januari 2026, Xi menerima watikah pelantikan dari 18 duta besar baharu ke China. Beliau dalam pertemuan dengan mereka menyatakan bahawa pintu China akan dibuka semakin luas, dan ia pasti akan menyuntik lebih banyak kepastian dan penggerak baharu kepada dunia melalui pembangunan bermutu tinggi demi pembangunan dan kemakmuran bersama.  

Beijing sekali lagi menarik perhatian seluruh dunia pada Mei 2026. Selepas pertemuan di Busan pada Oktober lalu, Presiden Xi bertemu lagi dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, sekali gus membuka lembaran baharu bagi hubungan China-AS.

Tidak lama lagi selepas itu, Presiden Rusia Vladimir Putin mengadakan lawatan kali ke-25 ke China pada awal musim panas ini. Pemimpin tertinggi kedua-dua negara bersetuju untuk melanjutkan Perjanjian Persahabatan Kejiranan Baik dan Kerjasama China-Rusia. 

Pada Mei 2026, Presden Xi menganugerahkan Pingat Persahabatan kepada Presiden Serbia Aleksander Vucic yang mengunjungi China.

Pada Jun 2026, Korea Utara, negara jiran China menjadi destinasi lawatan rasmi pertama Presiden Xi tahun ini.

Di tengah-tengah pergolakan global, China sentiasa menjadi kuasa penstabil bagi keselamatan serantau. Sejak April lalu, pemimpin dari lebih 10 negara jiran termasuk Vietnam, Laos, Tajikistan dan lain-lain telah mengunjungi China. Presiden Xi telah berbincang dengan mereka mengenai pembinaan komuniti berkongsi nasib, dan turut memberikan peluang dan penggerak baharu kepada negara jiran melalui pembangunan.