Dua Pakar China Berlepas ke Uganda Bantu Cegah dan Kawal Wabak Ebola

Dua orang pakar kesihatan awam China yang terpilih sebagai anggota Kumpulan Penyokong Pengurusan Kecemasan (IMST) berlepas dari Beijing subuh tadi ke Uganda untuk melakukan kerjasama dalam usaha antarabangsa menangani wabak Ebola.

Menurut maklumat daripada Jabatan Pentadbiran Kawalan dan Pencegahan Penyakit Kebangsaan (NDCPA) China, dua pakar teknikal tersebut adalah dipilih dan dihantar NDCPA atas undangan Pusat Kawalan Penyakit Afrika dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang merupakan dua pihak penganjur IMST. 

Kedua-dua pakar itu sangat berpengalaman dalam menangani operasi di tapak kejadian wabak serius dan menjalankan kerjasama kesihatan awam antarabangsa.

Menurut NDCPA lagi, dua pakar teknikal China tersebut akan menyertai satu kumpulan kerja di bawah IMST sebaik sahaja tiba di Uganda, dan bersama-sama dengan pakar-pakar dari pelbagai negara membincangkan dan membuat penilaian tentang penularan wabak Ebola, menggubal pelan kawalan dan pencegahan, serta menjalankan penyelarasan kecemasan di pelbagai tapak kejadian.