Majlis perasmian program tayangan filem China berlangsung di Teater Nasional Yangon, Myanmar pada Ahad waktu tempatan.
Filem dokumentari “Shenzhou-13” terbitan Kumpulan Media China (CMG) turut ditayangkan pada majlis berkenaan.
Acara anjuran bersama Pusat Kebudayaan China di Yangon, CMG, dan Radio dan Televisyen Kebangsaan Myanmar itu bertujuan untuk menyediakan platform baharu bagi pertukaran budaya China-Myanmar serta memperkukuh interaksi budaya dalam kalangan belia kedua-dua negara.
“Shenzhou-13” merupakan filem dokumentari pertama China yang dirakam dalam format 8k secara langsung dari angkasa.
Filem tersebut mengisahkan perjalanan luar biasa angkasawan China sepanjang enam bulan berada di stesen angkasa, melalui perspektif mereka, selain memaparkan keindahan alam semesta dan kehidupan seharian di angkasa lepas.
Ramai penonton Myanmar menyatakan bahawa filem ini menarik dan menyeronokkan.













Tinggalkan Balasan