Sidang Kemuncak APEC ke-33 Dirasmikan 100 Hari Lagi

Hari ini (10 Ogos) menandakan kiraan detik 100 hari sebelum perasmian Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-33.

Sidang Kemuncak tersebut akan diadakan di bandar Shenzhen, selatan China pada November 2026.

Ini merupakan kali ketiga China menjadi tuan rumah persidangan APEC. 

Bandar Shenzhen kini membuat persiapan akhir bagi penganjuran persidang kemuncak itu, dengan memfokuskan kepada tema “terbuka, inovatif, kolaborasi”.

Sebelum ini, Shenzhen telah berjaya menganjurkan pelbagai persidangan dan forum seperti Mesyuarat Peringkat Menteri Perhutanan APEC 2026, Forum Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) APEC, dan lain-lain.