Inisiatif China Berkaitan AI Bawa Peluang Baharu kepada Selatan Global: Media Asing

Media asing menyifatkan pelbagai inisiatif disyor China berhubung kecerdasan buatan (AI) menawarkan lebih banyak peluang kepada negara Selatan Global untuk mengakses teknologi AI secara sama rata, menyertai tadbir urus global serta mempercepat proses pendigitalan.

Laporan media Jepun termasuk akhbar The Mainichi memfokuskan kepada langkah-langkah praktikal yang diperkenalkan China antaranya termasuk 5,000 peluang latihan AI ditawarkan kepada negara membangun dalam tempoh lima tahun akan datang.

Laporan berkenaan juga menyebut, China akan membangunkan pusat kerjasama aplikasi AI antarabangsa menyasar ASEAN, Liga Arab, Kesatuan Afrika, Komuniti Negara Amerika Latin dan Caribbean serta Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan BRICS, selain menggalakkan pengaplikasian sistem amaran awal meteorologi MAZU berasaskan AI di 30 negara.

Artikel disiarkan di laman sesawang akhbar The PUNCH Nigeria pula berbunyi, China menyokong masa depan AI yang menyaksikan negara-negara Selatan Global aktif terlibat dalam inovasi, tadbir urus dan pembinaan kapasiti AI.