Isu Pelayaran Selat Hormuz Perlu Dikendali dengan Baik – MFA

Selat Hormuz merupakan laluan pelayaran antarabangsa, justeru pemulihan segera pelayaran yang selamat dan bebas di selat itu adalah selaras dengan kepentingan semua pihak.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China (MFA) Lin Jian dalam sidang media pada Isnin sebagai respons terhadap penutupan Selat Hormuz berkuat kuasa 12 Julai, atas alasan situasi keselamatan terjejas akibat campur tangan kuasa asing.

Lin berkata China bersedia mengekalkan komunikasi berhubung hal tersebut dengan negara-negara terlibat dan masyarakat antarabangsa.

Ujarnya, isu pelayaran di Selat Hormuz perlu ditangani secara wajar bagi ‘menjawab’ kebimbangan masyarakat dunia.