“Kehidupan Rakyat, Keutamaan yang Utama dalam Agenda Negara”- Xi

“Membantu rakyat menjalani kehidupan yang bahagia merupakan yang paling penting antara hal-hal yang berkaitan dengan baik isi rumah, agenda negara mahupun landskap dunia.”

Sepanjang tahun ini, Presiden Xi Jinping tidak pernah melupakan kepekaan terhadap rintihan rakyat, dan bertindak pantas menjunjung mandat rakyat.

Beliau teguh membela nasib rakyat dalam landskap pembangunan negara sepanjang tahun ini, dengan membawa perubahan positif kepada hidup rakyat, mendengar suara di peringkat akar umbi dan menyuntik keyakinan. Setiap kata-kata yang diucapkan beliau penuh dengan perhatian dan tujahan terhadap kepentingan rakyat. 

Setiap adegan dalam sesi temu mesra mencerminkan kepekaannya terhadap golongan rakyat.

Membantu rakyat menjalani kehidupan yang lebih bahagia, sudah dijadikan keutamaan yang utama dalam agenda Presiden.